Social Icons

youtube youtubefacebookgoogle plusDensus 99rss feedemail

Thursday, January 10, 2013

Abu Syafiq Kritik Syeikh Ali As-Shobuni

Syeikh Ali As-Sobuni
Abu Syafiq mengatakan : Saya ketika berada di majelis  mendengar penjelasan dari Syeikh Ali As-Sobuni tentang isu Syiria di Shah Alam tadi. 

Namun saya mempunyai pandangan dan hujjah tersendiri dalam menangani isu di Syiria ini daripada mendengar penjelasan terus dari Syeikh As Sobuni ini. 

Menghukum mencaci orang lain dengan kata-kata kotor seperti "Toghut, Zalim, Majusi, laknat , dan lain lain tanpa disertai bukti data dan fakta yang akurat adalah sesuatu yang perlu dinilai (kapasitas keulamaannya, red). 

Insya Allah saya dalam misi memahami isu di Syria ini juga akan mendengar pandangan dan hujjah pihak Kerajaan Syiria dan tokoh, ulama dan ilmuan yang tidak menentang Basyar Al Asad.

(Insert: gambar diatas ketika sedang menonton tayangan video & gambar kekejaman yang terjadi Syiria). 


Video Abu Syafiq
-----

Dr. Syeikh Ramadhan Al-Bouty
Dr. Syeikh Ramadhan Al-Bouty hingga kini menyokong Basyyar Al-Asad dan tenteranya. 


Masih ingatkah lagi tokoh ulama terkenal diseluruh dunia ini? (gambar) Seorang warganegara Syria sehingga kini masih di Syria dan menyokong Presiden Basyyar Al-Asad bahkan tenteranya.

Sedih juga apabila ada manusia sanggup memaki dgn jelas menghina mengutuk dgn perkataan Himar Anjing Kalb, dan mcm2 lagi ke atas Syeikh Dr. Ramadhan Al-Boutiy krn dia jelas bersama Basyyar Al-Asad. Dgrlah penghinaan dan makian yg lain ke atas Syeikh Al-Boutiy ini http://www.youtube.com/watch?v=AbIjOW-ysZ0

Sedih dgn sbahagian manusia hilang pertimbangan jika saya yg jelas TIDAK menyokong kezaliman di Syria pun dimaki dihina atas dasar hanya mahu memaparkan cara dan pandangan gaya penilaian para Ahli Sunnah Wal Jamaah maka bagaimana dgnnya yg jelas memuji Presidennya?

Apa mauqif kita dlm Isu Syria? Kita tidak perlu membangkitkan pembunuhan sesama islam. Apa2 pertelingkahan sesama Islam jauhilah Al-Qatl Pembunuhan. Kata2 kesat seperti Kalb Anjing Himar Dongky, Babi, Binatang dan lain2 jauhilah ia seperti makian yg dilakukan oleh pihak pemberontak Syria ke atas Syeikh Ramadhan Al-Boutiy terkini.

Pihak kerajaan Msia khususnya ahli2 agamawan perlu memainkan peranan dlm menangani fitnah2 ini. Usah biarkan ia melarat dgn membisu seribu bahasa tanpa suara. Bukan dgn menghantar tentera utk saling berperang tetapi menyatukan umat Islam dlm satu fahaman mengikut metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaa krn ASWAJA bukan shj hebat dlm akidah ttp turut mahir dlm pendamaian.

Kita bersama siapa dlm isu Syria? Kita bersama seluruh rakyat Syria yg mahukan keamanan. Kita bersama seluruh rakyat Syria yg cintakan keadilan. Setitik darah umat Islam Syria bersamaan 2 titik darah kita. Nyawa mrk nyawa kita. Namun dlm menangani fitnah yg dahsyat ini kita perlu amanah dan adil dlm menilai. Usah hilang sunnah Rasul dek semangat yg tidak menentu. (disadur dari facebook Abu Syafiq)


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment